Wednesday, February 22, 2012

Aktivti bulan Feb 2012

Bermula dengan mesyuarat agung pada 15.01.2012 diikuti dengan aktiviti setiap minggu ke 1 dan 3. Perjumpaan pertama pada 8 Februari 2012, ahli telah dibawa untuk mengenali makmal bestari yang akan menjadi tempat perjumpaan setiap kali mengikut jadual. Pada 22.02.12 aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong membersihkan makmal bestari.

Thursday, April 1, 2010

AKTIVITI BULAN MAC-APRIL

Aktiviti bulan Mac tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ahli terlibat dengan Ujian Pencapaian dan bersambung dengan cuti 2 minggu. Sekembalinya dari bercuti perjumpaan telah diadakan untuk merancangkan aktiviti untuk bulan 4 seperti berikut :
24 Mac 2010 - Perjumpaan bulanan 1 - telah dijalankan.
5 April 2010 - ThinkQuest Contest - pendedahan & pemilihan calon untuk penyertaan dalam pertandingan.
10 April 2010 - Persembahan MultiMedia dan Penggambaran Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010
13 April 2010 - Operasi Pembersihan 2
19 April 2010 -Latihan Bina Blog
3 Mei 2010 - Perjumpaan kali ke 3

Thursday, February 11, 2010

AKTIVITI BULAN FEBRUARI

Selepas Mesyuarat Agung yang berlansung pada 12 Januari 2010, aktiviti BB bermula pada bulan Februari sperti berikut :
6.2.2010 - Perjumpaan bulanan kali pertama - telah diadakan pada 24/2/2010
11.2.2010 - Operasi pembersihan PC di lokasi Bilik Pengurusan dan Bilik Guru. - berjalan seperti dirancang.
25.2.2010 - Jualan pada Hari Temasya Sukan Tahunan ke 41- digantikan dengan aktiviti jualan gambar.
27.2.2010 - Latihan membina blog - dijalankan sperti dirancang.
6.3.2010 - Perjumpaan bulanan kali ke2 - ditangguh kerana Mesy Agung PIBG.

Friday, January 15, 2010

BRIGED BESTARI 2010

Briged Bestari SM3KB sedang mengorak langkah untuk tahun 2010. Langkah pertama Mesyuarat Agung telah diadakan pada hari Isnin 11 Januari 2010. Perlantikan AJK baru telah diadakan dengan penglibatan lebih ramai ahli baru dari kalangan pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran TMK

Monday, July 20, 2009

Pengumpulan surat khabar lama

Aktiviti mengumpul surat khabar lama sudah bermula hari ini. Walaupun kesuntukan masa, ahli Briged Bestari berjaya mengumpul dari kelas-kelas yang tidak dikunci untuk dmasuki. Dapat le dalam anggaran 100 kilo. Aktiviti ini akan diteruskan sehingga kelas-kelas menjadi bersih dari sampah sarap bernilai RM. Malaysia memang kaya...RM di mana-mana.

Monday, July 13, 2009

MESYUARAT AGUNG 2009

Mesyuarat Agung Briged Bestari SM3KB telah dapat diadakan pada 13 Julai 2009. Mesyuarat agung telah tertangguh beberapa kali kerana menanti dan memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 6Bawah untuk menyertai BB supaya mengumpul merit bagi membantu mereka memasuki IPTA. Mesyuarat telah berjaya melantik Ahli Jawatankuasa 2009 seperti tertera di sebelah.
Ahli-ahli telah bersetuju untuk menjalankan beberapa aktivit dalam tempoh tahun 2009-2010 antara lain:
1. Mengadakan jualan semasa program sekolah dijalankan untuk menambah kewangan tabung
2. Mengadakan tayangan video sebagai sumber kewangan tabung.
3. Mengadakan lawatan ke pusat jualan peralatan ICT seperti Imbi Plaza dan Low Yatt atau PC Fare.
4. Mengadakan kursus membina blog untuk ahli BB.
5. Membuat operasi pembersihan peralatan ICT yang ada di sekolah.
6. Mengumpul dan menjual suratkhabar lama untuk mengisi tabung.
7. Mengadakan perjumpaan minggu setiap hari Isnin jam 2.00 -3.00 petang.
Persetujuan juga dicapai untuk ahli (Ogos-November 2009):
1. Setiap ahli perlu ada email.
2. Setiap ahli boleh mengajar rakan-rakan membuka akaun email - 1ahli - 30 orang
3. Ada blog untuk dipautkan ke blog induk ini.
4. Mendaftar dan menyediakan bahan pertandingan ThinkQuest.org

Monday, April 6, 2009

Permohonan menjadi ahli 2009

Pihak pengurusan telah menerima 16 permohonan dari pelajar untuk menyertai Briged Bestari. Masih ada 9 kekosongan untuk mencukupkan kuota 25 ahli semuanya. Mereka yang memohon adalah :
1. Mohd Azhar Hilmi 4KI
2. Abdul Rahman Bakhtiar 4KI
3. Nur Atirah Shawaludin 4SI 1
4. Nur Istianah Salehudin 4SI 1
5. Ramesh 4ST
6. Kogulan Ganesan 3Bios
7. Justine Sathesraj 3 Megabit
8. Dylon Jospeh 3 Digital
9. Thulashini Anil Kumar 3 Gigabit
10. Mukesh Anan 2 Megabit
11. Surenteran Anil Kumar 2 Digital
12. Shattish Kumar Morgan 2 Digital
13. Muhamad Ezzuan Mohd Ali 1 Siber
14.Muhammad Alif Azhar 1 Siber
15. Muhammad Luqman Aziz1 Siber
16. Muhammad Zainur Izzat Zaidi 1 Siber
17. Roslan Abdul Rahman

Kepada pelajar-pelajar laian yang berminat sila dapatkan borang segera.